Saturday, 20 August 2016

Rindu ..

Menggamit memori bersama bebudak awesome nie. Rindu ngat-ngat aihhhhh. :D

Tuesday, 16 August 2016

Mama Turns 46 !

Assalamualaikum !

Semalam bersamaan 15/08/2016 adalah hari lahir
mama yang tercinta. Maaflah hari nie baru  boleh bebel panjang dalam diari kecil nie even semalam ma punya birthday. Takpelah janji semalam dah wish dengan bagi hadiah sekali. Huhu. Kitaorang punya plan nak buat suprise dekat ma menjadi jugak ar. Buat-buat tak hingat semalam birthday ma. So, kitaorang tak wish larh awal-awal. Haha. Tahu mesti ma kecil hati sebab anak dia tak wish. Sorry ma. Kitaorang nak buat suprise dekat ma. 

Balik dari temankan budak tue pergi temunjanji
kat hospital terus pergi beli hadiah untuk ma. Ce teka apa hadiahnya ?? :D Hadiah takdelah seberapa tapi cantek jugaklah. Ma pown suka. Katanya hadiah paling cantek yang dia pernah dapat. So, saya dengan budak tue sangat terharu dengar sebab ma sangat appreciate hadiah yang kitaorang bagi. Lahai.. bahagia kami berdua bila tengok wajah kegembiraan ma dapat hadiah. Sebenarnya ann.. Kepuasan bagi seorang ank tue bila dapat bahagiakan mak ayah dia. Betol tak ?? Tue larh apa yang saya rasa. :')

Now, mama turns 46. Even umor ma dh 46 tahun tapi
dia still nampak muda dan cantek. Hihi. Mama adalah mama terbaek kat dunia nie. Mama adalah wanita terhebat dalam hidup kami berempat. Ma sentiasa kuat dalam menghadapi setiap kesulitan hidup dan tabah dalam segala hal. Tahu jugak ma banyak menangis dalam diam. Hmmmm. Semoga mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia disamping keluarga tercinta. Semoga ma jugak peroleh keberkatan hidup didunia dan akhirat. Kami sayang mama sangat-sangat. :')

my beloved mommy. >3

Friday, 12 August 2016

Febret Shawl

Assalamualaikum !

Nak dengar cite sedih tak ?? Sedih yang teramat sangat seperti orang sedang putus cinta rasa dia. Rasa yang tak boleh dielakkan. Sentiasa ingat akan satu benda nie. Nak tahu tak apa dia ?? It's my febret shawl ! Shawl yang dibeli oleh someone masa pegi KL tahun lepas. Peristiwanya dah lama tapi sangat menggamit memori sebab tue adalah kenangan terindah yang pernah aku rasa. Aku beli shawl tue kat Berjaya Times Square. Aku tau tak perlu kot nak mention beli kat mana tapi nak bagitahu jugak. Nama lagi memori ann. 
Masa tue pergi jalan-jalan dengan adik n him kat sana. Pusing-pusing kat atas tue n then ternampak lah satu shawl nie kat satu kedai tue. Asalnya nak beli ngn money sendiri tapi tetiba orang tue hulurkan money dia tolong bayarkan. Aku tetiba rasa terharu. Even shawl tue xdelah mahal mana tapi berharga buat aku sebab orang tue bayarkan. Orang tue pulak always special in my heart. Dan aku berkenan sangat dekat shawl tue sebab corak n warna dia yang cantek. 
Sayangnya, aku sempat pakai beberapa kali jew shawl tue. Shawl tue hilang masa aku pegi Melaka. Aku sempatlah pakai kat Melaka tue. Tapi aku taktau macam mana shawl tue bole takde dalam semua beg masa aku cari dekat rumah. Aku ingat aku letak shawl tue dalam beg masa tengah-tengah kemas sbb malam tue aku naknaek bas. Hairan bin ajaib betol. Macam mana bole hilang ?
Orang tue tahu shawl yang dia belikan hilang dan aku tahu dia hampa sangat sebab aku hilangkan pemberian dia. Aku tak jaga barang yang dia bagi dengan elok. Frustnya dia. Tapi nk buat cmne sebab aku tak sengaja hilangkan dan aku sendiri pown frust. Shawl cmnie kalo cari kompem akan jumpa tapi nak cari seperti dalam memori tue yang susah. Takkan sama dah. Yang pertama kali tue yang paling terindah. Hmmmm. Rindu dekat shawl tue. :(

Shawl febret aku. Hari last aku pakai masa kat melaka :(


Fri-date with them

Semalam pergi date dengan
dua orang budak nie, Mek Yin dan Kema. Walaupon malas nak keluar tapi gara-gara dipaksa oleh budak Mek Yin tue rajinkan jua diri nie untuk keluar. Dahlah hujan pulak tue. Lahai.. gigihnya kitaorang asal boleh keluar sesama. Kitaorang tak pergi date jaoh pon. Hanya sekitar Kota Bharu jew tue pown dekat D'apple sebab niat asal kitaorang just nk pergi makan kat situ. Haha. See ! nak makan jew pown. Dah kita layan gambor jew. :)

chicken chop mushroom + mocha sejuk. Maap airnya tak kelihatan. hihiks

Nia lar budak dua orang tue Mek Yin dan Kema. Kema tue boy deh. Takot pikir girl jah. Hihi

Selpie ngn mek nie dulu before makan. Wajib kena slpie duluan. Haha
Hah.. Nie jew gambor2nya. :)


 

Nak jugak boomerang skali skala ann. huhuks

Nak cakap yang kitaorang balik dalam hujan semalam.
Habis basah uolls. Haha.

Wednesday, 10 August 2016

Citarasa saya.. Citarasa korang macam mana ? :)

Assalamualaikum !

Motif kali nie macam nak lebih-lebih sikit. Hihi.

Sebab excited sangat duk tengok gambar yang telah disharekan oleh kawan fesbuk td.

So, why not saya share dekat sini lak ann.

Haaa.. ce teka apa dia ??

oke.. oke.. [malas nak teka-teka nie ann]

Tengok jew gambar-gambar kat bawah nie deh
/
/
/
/
/
\/ 

Silalah sila :D

febret ! cantek jugak kalo jenis yang kurus tinggi cam saya nie pakai
. haha. perasan jap. serius, cantek sangat. :D

my febret kaler. Pattern dia pown xkurang cantiknya. Sesuai untuk orang
 berkulit cerah. Mesti berseri-seri pakai. huhu.

lahai.. cantinya larr.. mewahnya nampak baju kaler nie.

yang nie pown febret jugak ar. sbbnya PEPLUM. Minat gila kodd
dengan style peplum camnie. Lebih lagi tuk orang kurus. Dahlar kaler puple.
Takdelah nampak sangat yang kurus dia ann. Cannot move on k. huhu

yang nie pown sama. cantek sangat.

Mak aiiii... asal cantek sangat nie. :D

Dah tengok dah ? Puas dah tengok ? Haa.. dah2 lar tengok yew
nanti pecah pulak screen fon or laptop tue karang. haha.. just kidding guys. ^_^

Mesti tak jenuh korang duk tengok gambar-gambar nie semua ann.
Kompem ada yang tak sabar jugak nak kawen. Hihi. Like me ! aummm :P
Kalo xde yang part gatal tuetak sah mektok nie soram. Huhu.

Kalo korang nak tau, semua tue jenis yang mek suka. Yang paling berkenan sangat dihati nie
baju pengantin yang ada jugak campur kaen songket yang macam kat atas tue lar. Serius berkenan sangat. Nanti kawen teringin nk pakai baju pengantin like that. Huhu. Taktau kenapa citarasa macam tue. 

Korang rasa  macam mana ? Cantek tak ?
Maybe pandangan dan citarasa orang nie berbeza-beza. Tak semua suka benda yang sama ann. Ada yang citarasa dia macam tue dan ada jugak yang citarasa dia macam nie. Apa pown, its depend to korang nak yang macam mana.. Dan itulah citarasa mek bab baju pengantin. Tak masuk lagi bab pelamin anganku. Haha. Mek nie koya jew lebih. Bab laen laen tue laen pulak citenya k.

So, macam mana citarasa korang ?
Share ar dengan mek. Nt boleh kongsi pandangan. Ann ann ? :)

Baju tue semua collection dari JIMMY COUTURE. So, korang ley followlah
instagram dan fesbuk dia tue. Rasanya tuelah owner dia. Maflah xberapa nak sure sangat sebab mek pown tengok dalam fesbuk jugak yang orang-orang duk share keluar kat wall mek. Try jew korang cari. Kot2 jumpa lar ann. ;)

Tuesday, 9 August 2016

Rindu Pada Yang Belum Halal


Sungguh aku rindu kepada
dia yang masih belum halal bagiku. Rasa berat menanggung semua kerinduan yang tersimpan disegenap ruang hati ini yang tiada siapa pon tahu. Oh Tuhan, sampai kapan ya mahu begini ?? Hihi. Takdak hal terkeluar pulekss bahasa indon. Bali jom !! Hahaks. Motif ?? grrrrrr abaikan :D

Walaupon selalu lihat depan mata, selalu calling-calling
and msg-msg tetap juga tak hilang perkataan 'rindu' tue melainkan dia dah halal untuk kita. Dah seratus peratus jadi hak milik kita. Tak perlu nak berebut-rebut dengan sedari-sedari kat luar sana. Hihi. Sampai berebut-rebut ?? Macam sorang tue jerk jejaka kat atas dunia nie ann ?? Macam takde kumbang laen dah. Bukan macam tue sayang. Jejaka tue memang ramai kat atas dunia nie ramai yang hensem-hensem dan berkerjaya dan betollah kumbang bukan seekor tapi dah yang sorang tue jugaklah yang kita sayang bagai nak rak nak buat camne.

Bertahun kita semai sayang dan cinta,
 tempuh pelbagai onak dan duri,  dan hadapi segala rintangan dan cabaran, takkan nak lepas cenggitu jew ann. Nak sia-siakan semua usaha kita sepanjang pertahankan relay kita. Kenalah jugak pertahankan selagi mampu. Penat tau tak kita duk jaga relay kita last-last jatuh kat tangan orang laen. Hadoiii ! Depressed betol hakak bab nie. Grrrrrr rasa nak hempuk-hempuk orang jerk. Haha.

Sebenarnya ia bergantung pada pasangan masing-masing.Betol tak ??
Kalau dalam diri tue ada rasa sayang, cinta, setia dan macam-macam rasalah, janganlah duk nak melayan sangat orang laen. Kata dalam hati "saya hanya ada awak sorang' jerk tapi yang kau tergamak sangat pegi sambut tangan orang laen tue pehal ?? Haaa. Tak pepasal naek hangin hakak nie. Werrrrkkk :P Seriously, hakak sensitif bila dengar ada orang ketiga dalam perhubungan tue. Memang betol 'bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Tapi sesama kaum perempuan kenalah paham. Takkan tergamak nak tikam belakang kaum sendiri ann .Kalau dah tahu dia tue dah ad bf/gf or suami/isteri tolonglah kau jangan pergi dekat. Kesian nanti dekat pasangan diorang terpaksa makan hati nanti.

Dah habis bab tue. Berbalik kepada motif sebenar. Huhu.
Untung sape yang dh kawen ann ? Halal dalam segala hal bila kita dah bina masjid dengan pasangan. Buat apa pown takpe siap dapat pahala lagi tau. Yelah dah nama pown suami isteri ann. So, bebas nak buat apa. Sebaliknya, bertambah rezeki bila mendirikan rumah tangga. Lahai untung dan bahagianya sape yang dah kawen especially yang kawen awal tue. Hihi. Bunyi macam jeless jew hakak nie. Opkos jeless sebab hakak dah 20 lebih kott tapi tak tahu bila dapat bina masjid cam orang laen. Teringinlah jugak nak ada suami dan anak. Ank kembar lak tue. Hihi. Kembar oke ! Hmmm.. masih belom sampai seru nak berumah tangga lagi. Jadi, bersabarlahlah dulu duhai hati. Sadisnya hakak dik. Hahaks.

Tapi takpe. Ada hikmah lar tue ann. Allah dah rancang
cantik-cantik dah jalan hidup kita. Mungkin Allah nak tunggu kita betol-betol dah ready nak hadap alam berumah tangga baru dia tibakan saat tue. Huhu. Jadi, kesimpulannya, hakak dan buah hati hakak bolehlah kumpul duit banyak-banyak dulu. Nanti boleh buat majlis akad nikah dan sanding grand macam apa yang hakak impikan. InshaAllah. Usaha tue kena lebih ar ann. Ape pown hakak rindu pada dia yang teristimewa dalam hati nie. Ecece ! sweet tak hakak ?? tak sweet ?? Meh sini nak sekeh kepala siket. Huhu. :P

Moga-moga ..

Alhamdulillah.. Dititipkan rasa ikhlas dalam diri.
Lebih baik memberi dari menerima. Betol tak ?? Semoga kita semua sentiasa ikhlas dalam memberi tak kira berbentuk apa sekalipun pemberian tue. Kita beri apa yang kita mampu asalkan hati biar ikhlas. Moga apa yang kita beri dan hulurkan kepada mereka yang memerlukan sedikit bantuan dari kita dapat  mengukirkan senyuman dan kegembiraan diwajah mereka. 

 Allahuakbar.. sungguh tenang rasanya jiwa bila dapat mengikut kehendak orang-orang sekeliling walaupun sedikit sebanyak. Terutamanya insan-insan tersayang. Sedikit sebanyak dapat puaskan hati kecil ini walaupown tak spenuhnya. Mungkin hari ini hari kita membantu mereka, mana tau hari esok mereka pula yang membantu kita. Biarlah setiap apa yang kita lakukan hanya bersederhana namun ada keberkatan disebaliknya. :)

Moga-moga, apa yang kita beri dan buat
untuk kepentingan dan kesenangan orang laen, menjadikan kita insan yang lebih bersyukur. Moga-moga bertambahlah rezeki kita nanti. Rezeki yang kita dapat jangan lupa jugak untuk dikongsi dengan insan-insan tersayang dan yang memerlukan. Dalam rezeki kita ada juga rezeki orang laen. Tak salahkan berkongsi sedikit ?? :)