Tuesday 9 August 2016

Rindu Pada Yang Belum Halal


Sungguh aku rindu kepada
dia yang masih belum halal bagiku. Rasa berat menanggung semua kerinduan yang tersimpan disegenap ruang hati ini yang tiada siapa pon tahu. Oh Tuhan, sampai kapan ya mahu begini ?? Hihi. Takdak hal terkeluar pulekss bahasa indon. Bali jom !! Hahaks. Motif ?? grrrrrr abaikan :D

Walaupon selalu lihat depan mata, selalu calling-calling
and msg-msg tetap juga tak hilang perkataan 'rindu' tue melainkan dia dah halal untuk kita. Dah seratus peratus jadi hak milik kita. Tak perlu nak berebut-rebut dengan sedari-sedari kat luar sana. Hihi. Sampai berebut-rebut ?? Macam sorang tue jerk jejaka kat atas dunia nie ann ?? Macam takde kumbang laen dah. Bukan macam tue sayang. Jejaka tue memang ramai kat atas dunia nie ramai yang hensem-hensem dan berkerjaya dan betollah kumbang bukan seekor tapi dah yang sorang tue jugaklah yang kita sayang bagai nak rak nak buat camne.

Bertahun kita semai sayang dan cinta,
 tempuh pelbagai onak dan duri,  dan hadapi segala rintangan dan cabaran, takkan nak lepas cenggitu jew ann. Nak sia-siakan semua usaha kita sepanjang pertahankan relay kita. Kenalah jugak pertahankan selagi mampu. Penat tau tak kita duk jaga relay kita last-last jatuh kat tangan orang laen. Hadoiii ! Depressed betol hakak bab nie. Grrrrrr rasa nak hempuk-hempuk orang jerk. Haha.

Sebenarnya ia bergantung pada pasangan masing-masing.Betol tak ??
Kalau dalam diri tue ada rasa sayang, cinta, setia dan macam-macam rasalah, janganlah duk nak melayan sangat orang laen. Kata dalam hati "saya hanya ada awak sorang' jerk tapi yang kau tergamak sangat pegi sambut tangan orang laen tue pehal ?? Haaa. Tak pepasal naek hangin hakak nie. Werrrrkkk :P Seriously, hakak sensitif bila dengar ada orang ketiga dalam perhubungan tue. Memang betol 'bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Tapi sesama kaum perempuan kenalah paham. Takkan tergamak nak tikam belakang kaum sendiri ann .Kalau dah tahu dia tue dah ad bf/gf or suami/isteri tolonglah kau jangan pergi dekat. Kesian nanti dekat pasangan diorang terpaksa makan hati nanti.

Dah habis bab tue. Berbalik kepada motif sebenar. Huhu.
Untung sape yang dh kawen ann ? Halal dalam segala hal bila kita dah bina masjid dengan pasangan. Buat apa pown takpe siap dapat pahala lagi tau. Yelah dah nama pown suami isteri ann. So, bebas nak buat apa. Sebaliknya, bertambah rezeki bila mendirikan rumah tangga. Lahai untung dan bahagianya sape yang dah kawen especially yang kawen awal tue. Hihi. Bunyi macam jeless jew hakak nie. Opkos jeless sebab hakak dah 20 lebih kott tapi tak tahu bila dapat bina masjid cam orang laen. Teringinlah jugak nak ada suami dan anak. Ank kembar lak tue. Hihi. Kembar oke ! Hmmm.. masih belom sampai seru nak berumah tangga lagi. Jadi, bersabarlahlah dulu duhai hati. Sadisnya hakak dik. Hahaks.

Tapi takpe. Ada hikmah lar tue ann. Allah dah rancang
cantik-cantik dah jalan hidup kita. Mungkin Allah nak tunggu kita betol-betol dah ready nak hadap alam berumah tangga baru dia tibakan saat tue. Huhu. Jadi, kesimpulannya, hakak dan buah hati hakak bolehlah kumpul duit banyak-banyak dulu. Nanti boleh buat majlis akad nikah dan sanding grand macam apa yang hakak impikan. InshaAllah. Usaha tue kena lebih ar ann. Ape pown hakak rindu pada dia yang teristimewa dalam hati nie. Ecece ! sweet tak hakak ?? tak sweet ?? Meh sini nak sekeh kepala siket. Huhu. :P

No comments: