Wednesday, 3 August 2016

Bicara Hati

Sebenarnya hidup nie rumit. Terlalu rumit. Banyak sangat
benda yang kita tak sangka berlaku dan bakal berlaku. Semuanya diluar jangkaan. Kadang tue penat jugak ar melayan sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan nie.

Dalam hidup aku ramai sangat yang pernah hadir
dan pernah jadi sebahagian dari hidup. Tapi datangnya dengan keadaan yang berbeza. Tak pernah aku mintak pon sebenarnya untuk mereka hadir dalam hidup nie. Tak pernah juga terlintas untuk jatuh sayang dan cinta. Hmmmm. Allah dah aturkan siap-siap jalan cerita hidup kitakan. Allah pertemukan dengan setiap dari mereka dengan alasan tertentu. Ya ! aku pernah bahagia dengan mereka tapi hanya untuk sementara. Setiap kali kebahagiaan tue hadir, setiap kali tue jugaklan dugaan datang menimpa. Sebenarnya aku menyayangi orang yang salah dan masih belum bertemu dengan orang yang tepat. Salah kerana aku selalu diluka dan dikecewakan.Selalunya aku yang lebih menjaga hati. Lebih memahami perasaan. Namun hati dan perasaan sendiri tak terjaga. Tersepak sana sini.

Walaupon bahagia tue datang untuk seketika
namun aku bersyukur sekurangnya aku dapat merasakan macam mana rasa bahagia dengan orang yang tersayang. Dari pengalaman tue jugaklan memberi aku pengajaran dan menjadikan aku lebih menghargai. Aku juga lebih tabah dan kuat dari sebelum nie. Aku fikir ada hikamh disebaliknya. Mungkin Allah nak bagi aku yang lebih baik dari tue dan yang lebih aku perlukan. Allah jew yang tahu semuanya. Aku mampu berdoa dan berharap jew. Hati sila lebih sabar.

Tapi macam mana pula dengan perhubungan
yang pernah jaoh dulu dan sekarang datang mendekati semula. Adakah itu juga perancangan Allah atau sejarah sama akan berulang untuk kali kedua ? Sedikit pon tak pernah terjangka dek fikiran seseorang yang pernah jaoh dgn kita satu ketika dulu datang semula mendekati dan menjadikan kasih bertaut kembali. Perasaan benci bertukar sayang. Perasaan sayang bertukar cinta. Kadang hati nie keliru. Kadang terasa takot untuk lebih mengharap dan memberi harap. Takot akan dikecewakn untuk kali kedua. Sesunggohnya teramat sakit bila hati dihiris luka. Entahlah. Penat untuk menjawab setiap persoalan yang bermain kat fikiran nie. Sbb aku sendiri keliru. 

Apa yang aku harapkan, Allah beri aku yang terbaek.
Mana yg buruk untuk aku mintak Allah jaohkan dengan mudah. Dan jika itulah yang sememang diciptakan untuk aku, moga Allah jadikan dia yg terbaek dari yg terbaek. InshaAllah. :)

Luahan semata. hihi.


No comments: