Sunday 7 August 2016

Sahabat

Msa wedding Zatul. Nielah sahabat dunia akhirat ambe. Tak cukap ahli nie.

Persahabatan tue luas sangat definisinya. Sungguh kita bukan orang yang bersyukur andai tidak menghargai insan yang bergelar sahabat. Hargailah sahabat. Terima seadanya mereka, jadi pendengar yang setia dan berkongsi setiap suka dan duka, susah dan senang. Tanpa sahabat terasa sunyilah hidup nie. Dengan sahabatlah kita bergelak ketawa dan bergurau senda. Huhu. Serius ngat eh bunyinya. 

Dunia sekarang KAWAN tue ramai tapi SAHABAT tue susah nak cari. Kawan yang time ada masa kita senang tue berlambak ngat tapi nak cari yang time ada masa kita susah tue mungkin dua or tiga orang dalam seribu. Itu pown insan yang dipanggil sahabat. Setakat kawan tue memang jenuh ar nak buat macam tue. Sahabat jugak yang terkontang-kanting untuk kita. Bahagia bila lihat kita gembira, sedih bila lihat kita menangis, dan tumpang sekaki bila ada adegan gaduh dengan musoh. Haha. Takdelah. Gurau jew. Sahabat-sahabat kita semua baik-baik. Semua suka beri nasihat yang positif. Yang negatif tue jarang-jarang sekali ar. Huhu.

Kita bersyukur sangat sebab ada ramai sahabat. Sahabat kesayangan pon kita ada. Haha. Tapi rasa sayang kita kat diorang tue sama jew peratusannya. Tak berbelah bagi pown. Jadi tak mo jeles-jeles yew. Tak mo tak mo. Hahaks [gedik ngat aihh bunyinye] Werkkk ! Macamlah ada yang kesah kan  ? Serius cakap. Beruntung rasanya diri nie sebab dianugerahkan sahabat-sahabat yang baik. Semua sporting-sporting. Dan part paling best bila tahap perangai gila-gila diorang tue mencecah tahap paling tinggi xleh nak belah. Time tuelah boleh tergelak besau, terbahak-bahak sampai keluaq habeh ayaq mata dan hinguih nie. Lahai teroknya depa semua nie. Bila teringat balik semua tue buat kami gelak sorang-sorang. Betoi kami cakap nie. Eh ape ke hal keluar loghat utara lah pulak. Hehe

Tapi sekarang semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Zaman sekolah dah lama berlalu ann. So, tak boleh nk berkepit cam dulu-dulu dah. Kalo dulu time balik kelas tambahan, mesti kitaorang pergi melaram dulu dekat KB. Haaa... mana reti nak balik rumah terus masa tue sebab seronok dapat keluar sama-sama. Huhu. Lebih-lebih lagi sekarang ada yang dah mendirikan rumah tangga. Bila dah bersuami tue ann tahap sosial tue laen sikit.  Tak boleh dah nak spend time sama-sama macam dulu. Opkoslh kan dah jadi hak milik orang mana boleh sesuka nak ajak bini orang keluar lepak. Haha. Marah nanti suami dia. Bila dah jadi mak orang lagi larh tak boleh weiiii. Nak kena jaga anak semua ann. Hmmmm. Bilalah pulak turn kita ? Eh eh tetiba lak ann. Hihi. Sobs sobs. Sahabat kita yang sorang tue taknak bagi kita kawen pown. Betol tak Azreen ? Ko taknak bagi aku kawen kan sbb kau still single lagi ann ? :P 

Kalo nak cakap pasal sahabat nie dan kisah-kisah dari dulu sampai sekarang dengan diorang memang panjang. Takkan ada penghujung cerita. So, kita berhenti setakat nie sajalah. Penat dah nk bebel panjang kat sini. Hihi Akhir kata, kita sayang semua sahabat-sahabat kita. Mmmuahhh. Lots of love ~ Tadaaaa...

No comments: