Sunday, 7 August 2016

Sahabat

Msa wedding Zatul. Nielah sahabat dunia akhirat ambe. Tak cukap ahli nie.

Persahabatan tue luas sangat definisinya. Sungguh kita bukan orang yang bersyukur andai tidak menghargai insan yang bergelar sahabat. Hargailah sahabat. Terima seadanya mereka, jadi pendengar yang setia dan berkongsi setiap suka dan duka, susah dan senang. Tanpa sahabat terasa sunyilah hidup nie. Dengan sahabatlah kita bergelak ketawa dan bergurau senda. Huhu. Serius ngat eh bunyinya. 

Dunia sekarang KAWAN tue ramai tapi SAHABAT tue susah nak cari. Kawan yang time ada masa kita senang tue berlambak ngat tapi nak cari yang time ada masa kita susah tue mungkin dua or tiga orang dalam seribu. Itu pown insan yang dipanggil sahabat. Setakat kawan tue memang jenuh ar nak buat macam tue. Sahabat jugak yang terkontang-kanting untuk kita. Bahagia bila lihat kita gembira, sedih bila lihat kita menangis, dan tumpang sekaki bila ada adegan gaduh dengan musoh. Haha. Takdelah. Gurau jew. Sahabat-sahabat kita semua baik-baik. Semua suka beri nasihat yang positif. Yang negatif tue jarang-jarang sekali ar. Huhu.

Kita bersyukur sangat sebab ada ramai sahabat. Sahabat kesayangan pon kita ada. Haha. Tapi rasa sayang kita kat diorang tue sama jew peratusannya. Tak berbelah bagi pown. Jadi tak mo jeles-jeles yew. Tak mo tak mo. Hahaks [gedik ngat aihh bunyinye] Werkkk ! Macamlah ada yang kesah kan  ? Serius cakap. Beruntung rasanya diri nie sebab dianugerahkan sahabat-sahabat yang baik. Semua sporting-sporting. Dan part paling best bila tahap perangai gila-gila diorang tue mencecah tahap paling tinggi xleh nak belah. Time tuelah boleh tergelak besau, terbahak-bahak sampai keluaq habeh ayaq mata dan hinguih nie. Lahai teroknya depa semua nie. Bila teringat balik semua tue buat kami gelak sorang-sorang. Betoi kami cakap nie. Eh ape ke hal keluar loghat utara lah pulak. Hehe

Tapi sekarang semua sibuk dengan kehidupan masing-masing. Zaman sekolah dah lama berlalu ann. So, tak boleh nk berkepit cam dulu-dulu dah. Kalo dulu time balik kelas tambahan, mesti kitaorang pergi melaram dulu dekat KB. Haaa... mana reti nak balik rumah terus masa tue sebab seronok dapat keluar sama-sama. Huhu. Lebih-lebih lagi sekarang ada yang dah mendirikan rumah tangga. Bila dah bersuami tue ann tahap sosial tue laen sikit.  Tak boleh dah nak spend time sama-sama macam dulu. Opkoslh kan dah jadi hak milik orang mana boleh sesuka nak ajak bini orang keluar lepak. Haha. Marah nanti suami dia. Bila dah jadi mak orang lagi larh tak boleh weiiii. Nak kena jaga anak semua ann. Hmmmm. Bilalah pulak turn kita ? Eh eh tetiba lak ann. Hihi. Sobs sobs. Sahabat kita yang sorang tue taknak bagi kita kawen pown. Betol tak Azreen ? Ko taknak bagi aku kawen kan sbb kau still single lagi ann ? :P 

Kalo nak cakap pasal sahabat nie dan kisah-kisah dari dulu sampai sekarang dengan diorang memang panjang. Takkan ada penghujung cerita. So, kita berhenti setakat nie sajalah. Penat dah nk bebel panjang kat sini. Hihi Akhir kata, kita sayang semua sahabat-sahabat kita. Mmmuahhh. Lots of love ~ Tadaaaa...

Cinta Tersimpul Rapi ~

Kulerai segala yang terkusut
Kusimpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku

Inikah yang harus ku terima
Di atas setia sekian lama
Engkau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu

Cintaku rinduku bukannya yang terkusut
Ku ikat ku belai dan kusimpul.. oohh…

Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah

Selangkah engkau pergi seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang seluruh pelusuk ku cari…oohh…
Setinggi mana engkau membawa diri akan aku daki…oohh…
Sedalam mana engkau cuba menyembunyi akan ku selami

Biar terbukti biar bersaksi
Cinta kita cinta tersimpul rapi

Saturday, 6 August 2016

Kau, Aku, Kita

Assalamualaikum !

Have a wonderful day gais. Pagi tadi mendung jek masuk tengahari nie alhamdulillah cuaca agak bagus. Hee. Sekarang nak belanja senyum panjang syiket yew :):):):):)

Ce baca title kat atas tuh. Haa.. baca dah ? Nanti kite story yew. Hee.
Btw, it's about me, it's about you and it's about us. Ecece.. speaking london uolls. Hahaks. Rasa eksaited lak nak story pasal someone nie. Special jugaklah dalam hidup saya selain family terchentaa. Hii. Sayang gile kot kat jejaka soram nie sebab dari dulu sampai sekarang tak boleh nak lupa tentang dia dan semua kenangan yang pernah diciptakan bersama dulu. Cewah.. ayat cam nak lebih-lebih jewkan. Dramatik sangat. Haha. Kompem ada yang termuntah sat g baca. :D

Tapi ada satu benda yang saya tak faham dengan diri dia.
Susah sangat nak baca hati dan fikiran dia. Even dah lama kenal bertahun-tahun kot tapi masih gagal dalam mengenali diri dia sebenar macam mana. Kadang mud dia okey jew. Kadang tue mud dia down.Angin puting beliung toksah duk cite lar. Takdak angin, takdak hujan pown boleh datang emosi dia yang tak berapa saya nak berkenan sangat tue. Agak sangat mudah terpengaruh dengan emosi amarah dia. Tapi tetap ikutkan saja dari melayan akan jadi perang besar pulak nanti ann. So, dalam perhubungan tue kalo yang sorang tue jadi api, yang sorang lagi kenelah jadi air. Barulah aman dan tenteram dunia nie. Hihi.

Alhamdulillah, setakat nie saya mampu ikutkan saja semua
kerenah negatif dia even ada masanya saya penat melayan, saya sedih dengan sikap dia tapi it's okey. Asam garam dalam dunia percintaan cenggitulah. Kalo boleh hadap, berpanjanganglah perhubungan tue. Kalo tak boleh nak hadap alamaknya terputus ditengah jalanlah hubungan uolls. So, masing-masing sebenarnya kena saling memahami, saling mempercayai, saling bertolak ansur dan perlu saling jujur antara satu sama laen. Yew dok ?? Saya paling suka time datangnya manja dia yang bole buat saya tak tahan.. Heishhh.. melting kot bila keluar manja dia. Cakap ngn kita pon baek semacam jek. Time tue rasa sejuk jew perut nie bila dia cakap baik-baik plus manja dengan kita. Aduyai.. bole pening kepala melayan manja budak tue soram yang dah berumur 28 tahun. Dah 28 oke tapi still childish. Hihi. Tapi saya suka ! >_< [gedik jap. hihiks].

Tahu banyak mata memandang saya dan dia macam tak boleh
nk go on jek ann. Tahu jugak ramai yang yang pikir negatif dari positif pasal kami. Almaklumlah kami berdua tak setanding anak menantu pakcik dan makcik yang mungkin ada rumah besar, kereta besar dan gaji pown beribu. Tapi semua tue tak mustahil lar. Kami bole usaha jugak tuk sampai ke tahap tue. Rezeki kita semua Allah dah tetapkan. Mungkin caranya berbeza. Senang dengan cara tersendiri. So, tak payah nak pandang rendah sangat dekat kami dan family kami yew. Better jaga tepi kaen sendiri kot2 ada yang koyak tepi tue kew. Astagfirullahhalazim ! tak pasal-pasal termengumpat n termengata tanpa sengaja. Maafkan saya pakcik dan makcik yew ! ^_^

Sekarang letak tepi cakap orang. Anggaplah tue satu ujian
dan cabaran dalam hidup. Sayang, apa kata kita sahut semua cabaran orang sekeliling kita tue. Kita buktikan yang spekulasi diorang terhadap kita selama nie salah dan jangan sampai ada yang termakan diri sendiri sudah. Huhu. Saya tahu awak jejaka yang baek. Sangat baek. Mungkin keadaan yang menjadikan awak sperti sebelum nie. Takde yang boleh faham awak even adik beradik sendiri.Takpe Allah kan ada. Family kedua awak pon ada. Jadi saya taknak awak rasa macam awak sorang-sorang jew kat dunia yang penuh cabaran nie. Cuma satu jew saya mintak. Awak tinggalkan diri awak yang dulu dan semua masa lalu awak. Saya nak awak jadi insan yang berguna untuk parents awk, untuk ank isteri awak dan untuk  kita semua. Saya tahu awak mampu. Kan awak dah janji nak jadikan saya makmum awak. So, marilah kita sama-sama perbaiki diri yew sayang. Diri saya pown tak sempurna dan banyak kekurangan. Jadi, kita berusaha sama-sama yew.

Awak perasan tak ? Allah pertemukan kita tuk kali kedua
tanpa kita sangka pown ann. Dan awak perasan jugak tak nie adalah peluang kedua yang saya bagi dekat awak ? Allah tue sebaik-baik perancang. Mungkin pertemuan kita kedua nie ada himahnya. Samada awak jodoh saya atau Allah hanya semata-mata pertemukan kita. Saya harap awak lebih menghargai peluang kedua nie sebab peluang kedua yang awak dapat belom tentu orang laen dapat. Awk sangat bertuah tau. Jangan bagi saya nangis-nangis lagi. Jangan suka sakitkan hati saya macam dulu-dulu. Allah pown sayang awak sebab tue dia bagi awak banyak peluang untuk awak jadi orang yang lebih baek dan orang yang berjaya dunia dan akhirat. So, jangan sia-siakn peluang yang ada k. I love u so much. :)

Dari saya untuk awak. :)

Stuck Sudah Wei

Omaigod ! omaigod !
Agak hampa rasanya plus kecewa.
Tak tahu dah macam mana nak mula balik berbisness.
Kepala hotak agak stuck.
Hilang semua kepakaran dan ilmu yang ada pada diri.
Perlu cari balik semua kekuatan yang entah kemana agaknya menghilang.
Orang-orang tersayang, sila support saya semua yew ??
My dear customer, please stay with me.
Saya perlukan semua kekuatan tue untuk cari balik apa yang hilang.
Penat sangat layan hotak yang stuck nie.
Syuhada, moga lebih kuat oke ! Janganlah cepat sangat lemah.
Kalo dulu kau boleh, kenapa sekarang tak ?
Oke ! Harap murah rezeki dan makin bertambah rezeki lepas nie.
Tak mau sedih-sedih dah. 
Smile ! :):):):)

Aku dan Bongsu

Assalammualaikum ! :)

Nak belanja senyum manis dulu arh before menaip kat sini.:):):):) Hihi. Manis tak manis tak ? Sape cakap tak taknak kawan. Haha [ajet-ajet majuk gitu kan ]. Macamlah ada yang kesah. Kesian kat diri sendiri. Hee. :) Time duk sorang-sorang cengginilah datang pulak idea nak menaip tentang apa. Bos takde keje pon takde. So, I is senang hati sebab dapat layan blog nie. Haha. Tetiba datang rasa nk bercerita tentang dua beradik nie yg sweet lagi awesome nie. Kadang agak menyampahlah jugak. Haha. Sape lagi kalo bukan aku dengan adik bongsu aku yang diberi nama NURUL FATEN BINTI RAZALI. Nama secantik tuan dia. Haa ! Jangan lepas nie orang tue perasan dhlah sebab cakap dia cantik. Jangan sampai hidong kembang semangkuk dah. Haha. Btw, dialah si bongsu kami sebab kitaorang dua beradik jew. Takde yang ketiga or keempat oke.  Umor pown beza setahun jew sebab tue kadang-kadang kitaorng tak ubah cam kembar.[kembarlah sangatkan mekdik ?] :D

Ada peribahasa mengatakan "Air yang dicincang takkan putus". Pernah dengar tak ? Kompem pernah dengar ann. Walaupown kita adik beradik nie always bergaduh dan bertekak besar mana sampai xhengat dunia skali pown lastly akan berbaik jugak ann. Adat dunia biasalah. Nama lagi adik beradik dan kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan. Tapi aku dan adik aku sweet jew.Huhu.Bergadoh bertekak pown takdelah lama sangat. Takdelah sampai berjam-jam, berhari-hari. Tp time gadoh tue larh macam masing-masing nie memang tak perlukan antara satu sama laen dah. Heishhh. Egonya diri masing-masing. Kesian baba n mama aku kena hadap sakit kepala sebab ada anak mcm nie. Hihi.

Kitaorng nie dua-dua keras kepala sebenarnya tapi aku ar yg banyak mengalah. Haha. Mengalah ar sangat ann. Serius cakap. Aku banyak mengalah maybe sebab aku nie kaklong kodd. Tp kebiasaannya terpaksa mengalah dan terpaksa jugak makan hati. TERPAKSA tue bagi besar sikit. Huhu. Sebab kalo kita makin layankan keras kepala masing-masing sampai kesudah tak habis babak gadoh antara kita adik beradik. Haaa. Masing-masing nak menangkan diri sendiri. Betol tak ?? Makan hati letak belakang. Syedihhh ! :') Ekceli, aku tak suka bila aku dan adik aku bermasam muka. Salin tak tegur sapa. Duduk satu rumah kodd tapi situasinya macam tue. So, I was be like krik krik krik. Haha. So, annoying ! Fuhhh .

Lama-lama kitaorang okey balik tanpa sedar. Gelak-gelak macam biasa. Eh betol kew ada babak gadoh antara aku dan adik nie ? Haaa.. Kadang tertanya-tanya ar jugak camtue kat kepala hotak nie. Mana taknya. Boleh pulak gelak-gelak cam takde pape berlaku. Haha. Kalo nak cite pasal kerenah perhubungan yang dipanggil adik beradik nie memang takkan ada kesudahannya. Setiap hari akan ada episod baru yang nk bermula. Macam drama tv pulak ann. Hihi

Btw, aku sayang sangat dekat adik aku yang kadang-kadang okey yang kadang-kadang senget tue. She's so complicated person. Aku tak faham dan tak dapat baca apa yang ada dalam diri dia tue. Apa pown, its small matter larh. Bt sakit kepala dan hati jew duk pikir benda tue. Haha. Dialah musuh, dialah kawan, dialah lawan n special word dialah adik bongsu. So, jangan noty2 yew budak. Tarik tlinga baru tau. Haha. [ajet garang ar pulak]. Ingat adik aku takot ? Langsungg tak takot. -_-'

Nie lar cik bongsu saya. Syumell ann dia.  :D

Wednesday, 3 August 2016

Bicara Hati

Sebenarnya hidup nie rumit. Terlalu rumit. Banyak sangat
benda yang kita tak sangka berlaku dan bakal berlaku. Semuanya diluar jangkaan. Kadang tue penat jugak ar melayan sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan nie.

Dalam hidup aku ramai sangat yang pernah hadir
dan pernah jadi sebahagian dari hidup. Tapi datangnya dengan keadaan yang berbeza. Tak pernah aku mintak pon sebenarnya untuk mereka hadir dalam hidup nie. Tak pernah juga terlintas untuk jatuh sayang dan cinta. Hmmmm. Allah dah aturkan siap-siap jalan cerita hidup kitakan. Allah pertemukan dengan setiap dari mereka dengan alasan tertentu. Ya ! aku pernah bahagia dengan mereka tapi hanya untuk sementara. Setiap kali kebahagiaan tue hadir, setiap kali tue jugaklan dugaan datang menimpa. Sebenarnya aku menyayangi orang yang salah dan masih belum bertemu dengan orang yang tepat. Salah kerana aku selalu diluka dan dikecewakan.Selalunya aku yang lebih menjaga hati. Lebih memahami perasaan. Namun hati dan perasaan sendiri tak terjaga. Tersepak sana sini.

Walaupon bahagia tue datang untuk seketika
namun aku bersyukur sekurangnya aku dapat merasakan macam mana rasa bahagia dengan orang yang tersayang. Dari pengalaman tue jugaklan memberi aku pengajaran dan menjadikan aku lebih menghargai. Aku juga lebih tabah dan kuat dari sebelum nie. Aku fikir ada hikamh disebaliknya. Mungkin Allah nak bagi aku yang lebih baik dari tue dan yang lebih aku perlukan. Allah jew yang tahu semuanya. Aku mampu berdoa dan berharap jew. Hati sila lebih sabar.

Tapi macam mana pula dengan perhubungan
yang pernah jaoh dulu dan sekarang datang mendekati semula. Adakah itu juga perancangan Allah atau sejarah sama akan berulang untuk kali kedua ? Sedikit pon tak pernah terjangka dek fikiran seseorang yang pernah jaoh dgn kita satu ketika dulu datang semula mendekati dan menjadikan kasih bertaut kembali. Perasaan benci bertukar sayang. Perasaan sayang bertukar cinta. Kadang hati nie keliru. Kadang terasa takot untuk lebih mengharap dan memberi harap. Takot akan dikecewakn untuk kali kedua. Sesunggohnya teramat sakit bila hati dihiris luka. Entahlah. Penat untuk menjawab setiap persoalan yang bermain kat fikiran nie. Sbb aku sendiri keliru. 

Apa yang aku harapkan, Allah beri aku yang terbaek.
Mana yg buruk untuk aku mintak Allah jaohkan dengan mudah. Dan jika itulah yang sememang diciptakan untuk aku, moga Allah jadikan dia yg terbaek dari yg terbaek. InshaAllah. :)

Luahan semata. hihi.


Tuesday, 2 August 2016

Special post for you

Bukak fesbuk tetiba ada gambar budak tuh.
Budak annoying, senget, perangai pon ada gila-gila sikit dan paling best budak paling sporting yg aku pernah kenal. Huhu. My annoying prennnnnnn Azreen Shahera a.k.a Mek Yin deh. Mention siap-siap doh nama tuh. Haha. Huhhh! lama betol kodd tak borak-borak ngn hang. Nak date apatah lagi kena tunggu mg balik kampung dulu arh. Mek ! lmbt ag kow mg nak balik heh ? Berjanggut dah eden tunggu [nampak ngat tipu.heee]. 
Aku nak tnya sikit boleh dop ? sikit jah nk tanya. 
Hmmmmm... Mg rindu aku tak Yin ? Haha. Kompem mg rindu dih sebab aku kan bestprennnn yg mg paling sayang setakat nie. Tapi taktaulah takot ada lagi hok paling sayang kan.[ayat cam nk merajuk jah] haha. Btw, aku nk buat pengakuan sikit nie. Aku rindu mg sangat-sangat. Amboi ! sangat-sangat tue paling xleh belah kan. Haha. Disebabkan aku rindulah aku post khas entry nie untuk mg sayangku. :P
Rindu nak date ngn mg. Pergi situ sini ngn moto. Just kita
dua jah kae. Haha. Kita dua pon jadi jajah Kota Bharu asal boleh tubik bederak. Ecece ! sweet jugok kita kae ? Haha. Rindu nk borak-borak ngn mg, buat sesi luah perasan dan buat ketupat. Haha. Bab tue paling best jugak. Lepas buat ketupat, masing-masing buat muka tak bersalah.Ohhhh agak annoying kat situ. Hehe.
Eh Mek ! Kalo rindu tue mesej or calling-calling lar bestprennnn mg nie.
Aduhlahhh ! jangan duk jual mahal gitu larh deh. Aku siap komen dah kat gambar tadi tanda aku wujud kt fesbuk tuh dan nk bagi mg ingat untuk mesej aku. Haha. Mesej jelah sebab buat mase lenie xleh maen whatsapp mek. Fon aku jatuh. Huwaaaa ! sedih aku Mek. Takleh dahlah nak selpie-selpie pasnie. Kalo tak penuh gambar aku kat wall fesbuk. Ada hikmahnya kat situ. -_-'
Okelah. Letih dh nk bobey sini. Haha. Tadaaaa :P

My awesome bestpreennnn everrrr :)
Maaflah banyok guno loghat kelate. :)